Order Form & Enquiry Form

Name:
Email Address:
Free sms: wassap
we chat
Your Order:
Mobile No:
Method of Payment:
Enquiry:

This HTML form was created by Freedback.

Thursday 12 September 2013

Kenapa perlu minum 3 liter air jika ambil supliment?

Posted by Unknown at 9/12/2013 02:03:00 am 0 comments

Antara fungsi air untuk badan:
  • Mengatur suhu tubuh
  • Penting untuk aktivitas kimia dalam tubuh
  • Berfungsi sebagai pelarut untuk mineral, vitamin, asam amino, glukosa agar mudah diserap oleh tubuh
  • Membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh sel tubuh
  • Memastikan tubuh senantiasa bertenaga Melincirkan kawasan sendi (penting
    untuk ahli sukan, pesakit arthritis, penghidap masalah otot dan tulang yang kronik)
  • Bertindak sebagai penyerap hentakan di saraf tunjang dan organ dalam badan
  • Meningkatkan metabolisme sel, mengeluarkan zat yang tidak berguna dalam tubuh


Kenapa perlu minum air byk jika mengambil vitamin/supliment

  1. Supplement semulajadi membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis
  2.  Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air.
Fakta Mengenai Kepentingan Air Dalam Badan
 
  • Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
  • Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang melalui perpeluhan.
  • Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia mengurangkan pertambahan kalori.
  • “Sampah” utama dalam tubuh adalah ‘nitrogen urea’ yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang. Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak berbau dan mengalir lancar.
  • Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap ‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.



 

Your 1 stop beauty & health care center.. © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot