Order Form & Enquiry Form

Name:
Email Address:
Free sms: wassap
we chat
Your Order:
Mobile No:
Method of Payment:
Enquiry:

This HTML form was created by Freedback.

Sunday, 26 May 2013

Set Kecantikkan Kulit Wajah Shaklee

Posted by Unknown at 5/26/2013 09:40:00 pm
Anda cuma mengetahui bahawa anda perlu membersihkan kulit wajah sebelum tidur. Namun, ramai kurang menyedari bahawa ada kesilapan yang telah anda lakukan sehingga menyebabkan kulit kelihatan lebih teruk lagi. Kadang-kadang ia menyebabkan anda putus asa dengan keadaan kulit meskipun anda telah berbelanja dengan banyak semata-mata untuk kecantikan kulit. Jadi apakah kesilapan itu?

PERCAYA PADA TESTIMONIAL
Anda mula tergoda bahawa anda betul-betul perlukan produk yang disyorkan setelah terbaca testimoni pengguna. Sebelum anda tahu tentang produk tersebut, anda perlu tahu jenis kulit pengguna dan rutin pengguna yang dikatakan berjaya mendapatkan kulit wajah yang gebu seperti yang diwar-war menerusi pengalaman. Tidak semua wanita mempunyai masalah kulit yang sama. Apa yang anda perlu adalah pencuci wajah, penyegar dan pelembap. Jika anda mempunyai kesemua penjagaan asas ini, anda tidak perlu merasa percaya dengan testimoni yang diberi lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan 'mengedit' gambar yang semakin popular menerusi telefon canggih.

KURANG AIR DAN TIDUR
Masalah hidrasi dan kekurangan tidur boleh memberi kesan yang ketara terhadap kulit. Hal ini kerana, kulit memerlukan air untuk kelembapan. Kulit juga boleh haus dan ia mudah kelihatan apabila kulit tampak pucat, kering dan berkedut. Ramai wanita hanya bergantung kepada pil vitamin C untuk kecantikan kulit tetapi kurang mengambil banyak air sedangkan air diperlukan untuk memberi kesan terhadap tindak balas pil tersebut. Tidur yang cukup pula penting untuk membuat kulit sihat dan berseri kerana perjalanan darah yang sempurna. Minum lapan gelas sehari dan tidur lapan jam sehari sudah memadai utnuk kecantikan kulit.

PRODUK RAWAT KEPELBAGAIAN
Ramai wanita memilih satu produk yang mempunyai banyak kegunaan adalah pilihan yang tepat dan wajib ada. Menurut pakar dermatologis dari pusat kecantikan Amerika, Debra Luftman, tidak ada produk yang mampu merawat pelbagai masalah kulit di dalam satu produk. Jika ada pun, ia kurang sesuai dan boleh mengakibatkan  kerosakan lain pula pada kulit. Wanita kini lebih berminat untuk menggunakan satu produk yang mempunyai banyak kegunaan. Ada baiknya anda meneliti dahulu isi kandungan yang terdapat pada label produk. Apa-apa bahan selepas tiga bahan utama yang disenaraikan sebenarnya tidaklah begitu penting. Produk yang mengandungi sedikit kandungan adalah lebih baik.

MEMAKAI PRODUK SEMBARANGAN
Anda perlu tahu produk apa yang perlu dipakai terlebih dahulu, produk apa yang perlu dipakai bersama dan bila masa sesuai untuk digunakan. Sebagai contoh, apabila anda mahu menggunakan produk berasaskan retinol atau rawatan jerawat, anda perlu menyapunya sebelum anda menggunakan pelembap. Jika anda mahu menggunaan krim penghalang cahaya matahari, sapu krim berasaskan air atau mineral untuk elak kulit berminyak. Pastikan kering terlebih dahulu dan barulah disapu dengan bedak wajah. Guna produk yang dikhaskan untuk penggunaan malam pada waktu malam kerana kebanyakan krim malam bersifat sensitif pada cahaya.

SOLEKAN KETIKA BERSENAM
Kami faham bahawa kebanyakan wanita mahu bersolek walaupun berada di gim kerana mahu menyembunyikan cela-cela dari terus dilihat oleh orang ramai. Hakikatnya kulit akan lebih teruk apabila solekan tidak dibersihkan terlebih dulu. Meskipun produk bersifat mineral dikatakan tidak akan menyumbatkan liang pori anda, ia tetap menyebabkan kulit anda berjerawat akibat peluh yang tersumbat. Pastikan anda sentiasa membawa tisu basah di dalam beg gim anda. Jika tetap mahu mengenakan pelembap, pastikan pelembap bebas minyak. Bersenam untuk sihat. Tidak perlu bersolek.

Panduan dan tips utk kulit yang sihat dan cantik


berikut adalah beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri:
  • minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
  • lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit dan badan
  • mengamalkan pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah dan menyekat pembentukkan pigmen
  • Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan , mengurangkan kedutan dan bintik penuaan.
  • Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress dan membantu menjadikan wajah berseri
  • Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
  • Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda dan anjal
  • Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak

SET KECANTIKKAN KULIT WAJAH SHAKLEE (SET ASAS)




SET KECANTIKKAN KULIT WAJAH SHAKLEE EXTRA PROTEIN (ESP)


SET KECANTIKKAN UNTUK KULIT BERJERAWAT



0 comments:

Post a Comment

 

Your 1 stop beauty & health care center.. © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot