Order Form & Enquiry Form

Name:
Email Address:
Free sms: wassap
we chat
Your Order:
Mobile No:
Method of Payment:
Enquiry:

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday 31 July 2013

Mikail & Iman Bersama Shaklee

Posted by Unknown at 7/31/2013 10:18:00 pm 0 comments
hari ini saya nak share pengalaman anak² saya bersama shaklee.... 

anak Mikail (2 tahun) dan Iman (1 tahun) kerap selsema dan batuk berkahak.. tau ajelah kan budak².. dorang xtau cara nak keluarkan kahak tu....bila dah kene selsema tu berlarutan sampai 2-3 minggu... kekadang sebulan...

anak pertama saya, Mikail ketika umur nya baru 10 bulan, akibat selsema n batuk yang berterusan xbaik².. akhirnya die kene tahan wad sebab suhu badan on n off.. sampai 41 darjah celcius...
after buat xtray ..doktor dapati anak saya kene  penumonia.. 

bermula dari itu saya sangat amik berat jika anak² saya selsema / batuk.. kita kadang² amik endah tak endah saje.. jgn camtuh... bende yang pada kita kecil, remeh.. mungkin akan menjadi sesuatu masalah yang besar utk anak kita...

skang bila saya kenal dengan produk shaklee.... saya berikan mereka vitamin c + mealshake... untuk pastikan mereka tidak selsema / batuk secara berterusan....
mcm vitamin c.. saya bagi sebijik sehari.. mikail tu amakn cam gegula aje rupanya...hehe..
mealshake pula saya bancuhkan dalam susu... dal;am semingu 2-3 kali saya berikan kepada mereka..





so far, kalau terkene selsema, 2-3 dah ok..selsema dah kering...ibu mane yang xhappy tgk anak ceria gembira kan??

Mikail + Iman



bila mikail dan iman demam, saya akan titis kan beberapa titik Basic H kedalam air, dan kemudian amik kain lap² badan mereka... insyallah  suhu badan yang panas akan turun...





Tuesday 23 July 2013

CoQ Health Plus

Posted by Unknown at 7/23/2013 08:41:00 pm 0 comments

Info tentang COQ Health:

ʘ Mengandungi Koenzim Q10 yg penting utk sel tubuh bagi menghasilkan tenaga sendiri untuk kekal berfungsi
ʘ Mengandungi kesemua proprieteri semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau
ʘ Mengelakkan penyakit kardiovaskular termasuk arteri tersumbat
ʘ Digunakan untuk merawat penyakit kanser seperti kanser payudara dann membantu pesakit yg menerima rawatan kemoterapi
ʘ Membantu meningkatankan penghasilan insulin yang membantu pesakit diabetis
ʘ Merawat masalah penyakit gusi
ʘ Membantu merawat pesakit Parkinson
ʘ Membantu meningkatkan tahap kesuburan dan jumlah sperma


Manfaat lain Co Enzim Q10 :
1- kesihatan kardiovaskular
2- menangani penuaan
3- menangani tekanan darah tinggi
4- menangani keletihan
5- kesihatan ginjal
6- migrain
7- kesihatan saraf & otak
8- terapi Statin
9- menangani masalah kekurangan Co Enzim Q10 secara genetik
10- kesuburan lelaki
11- kesihatan pergigian




Monday 22 July 2013

SET KESIHATAN KANAK-KANAK

Posted by Unknown at 7/22/2013 10:51:00 pm 0 comments
Vitamin mengikut kesesuaian dan peringkat umur: 

UNTUK KANAK-KANAK 1-3 TAHUN -> 
Mealshake & Omega Guard

UNTUK KANAK-KANAK 4-12 TAHUN -> 
Vita C Chewable, Vitalea for Children, Mealshake, Omega, Nutriferon


12 TAHUN KE ATAS -> 
Nutriferon, B-Complex, Carotomax, Vita-C, Vita-E, Vitalea

Kenapa kanak-kanak perlukan suplimen

#Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar
#Badan kita memerlukan sesetengah vitamin atau zat dalam dos yang lebih tinggi
#Nilai Zat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan yang semakin merosot
#Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
#Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
#Kehilangan nutrien dalam makanan


SET DIABETES SHAKLEE

Posted by Unknown at 7/22/2013 02:24:00 am 0 comments

Apa Itu Kencing Manis (Diabetes Mellitus)


Kencing manis (diabetes mellitus) adalah masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula, di dalam darah adalah tinggi, secara perubatannya dikenali sebagai hyperglycaemia.

Punca Diabetes:


~berat badan berlebihan
*individu yang obesiti adalah sangat berisiko untuk dijangkiti diabetes,jadi hati2 dengan berat badan anda,pastikan ianya ideal...

~keturunan
*jika ibu bapa anda menghidap penyakit ini,anda haruslah lebih menjaga kesihatan anda supaya sukar dijangkiti pnyakit ini..

~corak pemakanan tidak terkawal
*pengambilan makanan atau minuman yang tinggi gula adalah sangat tidak digalakkan

~kurang bersenam
*individu yang tidak aktif akan menyebabkan berat badan bertambah dan semakin besar risiko mendapat diabetes

~umur dan jantina
*diabetes lebih banyak berlaku dalam kalangan kaum lelaki dan berusia pertengahan..

Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes (Kencing Manis)

  1. Haus atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Letih dan lemah otot.
  3. Berat badan menurun.
  4. Penglihatan kabur.
  5. Gatal.
  6. Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan.
  7. Luka yang lambat sembuh.
  8. Kerap kencing.
  9. Gatal pada kemaluan.
  10. Rasa kebas. 

Siapa berisiko tinggi mendapat diabetes?

  1. Berumur 35 tahun ke atas. Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat diabetes. .
  2. Berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes.
  4. Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
  5. Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah empat kilogram atau lebih).
  6. Tekanan darah tinggi.
  7. Tidak aktif - gaya hidup yang tidak sihat.
  8. Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat.
  9. Mempunyai tahap lemak dan kolesterol yang tinggi

SET DIABETES SHAKLEE




Wednesday 17 July 2013

SET PENAMBAHAN BERAY BADAN SHAKLEE

Posted by Unknown at 7/17/2013 11:43:00 pm 0 comments
Menaikkan berat badan untuk beberapa orang mungkin sangat berat. Akan tetapi bila kita memahami apakah yang jadi kendala kita di dalam menambah berat badan, masalah itu bisa kita atasi dengan mudah. Keinginan untuk menambah berat badan jadi hasrat beberapa orang. Walaupun pada faktanya tubuh kurus banyak diinginkan orang, namun tidak sedikit juga yang ingin jadi gemuk. Lalu berikut ini adalah beberapa kendala yang mempengaruhi susahnya kenaikan berat badan kita

Faktor apa menyebabkan seseorang itu kurus?
  • Memiliki tahap metabolisme yang cepat
  • Pengaruh faktor genetik
  • Keperibadian dan lingkungan sekitarnya
  • Serta beberapa keadaan tertentu yang boleh mempengaruhi tahap metabolisme atau dari hormon tertentu.

Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan,iaitu:

1. Makan makanan yang mengandung kalori, vitamin dan mineral tinggi.
2. makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.


Apa kebaikan setiap satu Vitamin?



♣ Mealshake :
---Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein.

--- Protein penting untuk tambah berat sebab protein bantu badan bina sel, bila nak tambah berat, pasti ada penambahan sel.
--- Fungsi organ jadi lebih efektif sbb protein bantu organ menjalankan tugasnya, contoh usus serap nutrien makanan.
--- Ia juga membantu menambah selera makan.

♣ Vitalea :
---Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah, banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat.
--- Bila darah lancar, nutrien boleh disebar secara berkesan dalam badan dan semua sel sihat dan membesar dengan baik.

♣ BComplex:
--- Kekurangan Vitamin B1 boleh menyebabkan kurang selera makan. Pengambilan B1 (Thiamine) boleh baiki selera makan. Keperluan Thiamine adalah 5mg hingga 30mg dan mungkin meningkat kepada 300mg.

3. Adakah semua vitamin dalam bentuk pil?
♣ TIDAK. Hanya Vitalea dan Bcomplex dalam bentuk pil, Mealshake berbentuk serbuk dan dibancuh dengan air suam.

Monday 15 July 2013

SHAKLEE GET CLEAN - BASIC H

Posted by Unknown at 7/15/2013 09:33:00 pm 0 comments
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan

Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:


  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)

Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam bekas penyembur

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama

Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Eh..takkan untuk mencuci je..kata ada lagi 997 kegunaan..MAGIC sungguh..

·      Basic H untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
·      Basic H untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering. (First Aid)
·      Basic H untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
·      Basic H untuk pastikan sinki tak tersumbat
·      Basic H untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat, hanya satu sudu teh dan tidak perlu bilas lantai.
·      Lebihan air basuhan Basic H untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
·      Basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam. (First Aid)       
·      Mandikan anak dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
·      Letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
·      Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
·      Saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
·      Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Testimoni Pengguna Basic



Set Kehamilan Shaklee

Posted by Unknown at 7/15/2013 07:34:00 pm 0 comments

Set Kehamilan Shaklee

Untuk ibu-ibu yang mengandung, mesti terpikir² supllement yang sesuai untuk di ambil sepanjang tempoh mengandung.

Ada ibu² yang mengalami simptom morning sickness di awal kehamilan dan berlarutan sehingga di awal trimester ke dua. 

Di awal kehamilan, kita memang akan rasa lesu, malas, tiada selera makan, sakit pinggang, lenguh badan dan serba tak kena. Ini adalah normal. Ada 2 sebab sebenarnya :
  1. kerana hormon kita (sebagai ibu mengandung) yang tidak stabil
  2. kerana nutrient dalam tubuh yang tak cukup - sebab kita sedang "berebut-rebut" dengan baby. Kita perlukan nutrient untuk cergas, baby perlukan nutrient untuk membesar.

Ini normal jadi jangan risau.

Sebab itulah pemakanan dan penjagaan rapi sangat penting terutama semasa trimester pertama (1bulan-3bulan). Masa ni badan kita sedang berusaha untuk membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku. Yang paling penting, badan kita sedang cuba sedaya upaya untuk beri keperluan penting kepada kita dan baby kita.

Apa cara terbaik nak hilangkan kelesuan ni.....??? - Atasi 2 punca di atas tadi.

Hormon tak stabil - sesuatu yang kita tak boleh control.
Nutrient tak cukup - itu yang kita cukupkan supaya kesihatan tak terjejas.

Sebab apa? 
(1) untuk pembesaran baby dalam kandungan,kalau nutrient tak cukup,bagaimana baby nak membesar dengan sempurna. (

2) untuk keperluan zat badan kita sendiri. 

Sebagai contoh: 
kenapa kalau pregnant kita mesti sakit tulang belakang, sakit pinggang, lenguh 1 badan, nak tidur pun tak selesa...kenapa?
Jawapannya : badan tak cukup Kalsium. Baby perlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang, jadi baby ambil zat kalsium dari kita. Badan kita perlukan kalsium untuk menampung pembesaran dan berat baby, jadi kita juga guna zat kalsium. Cukup ke??? Tak cukup... patutla sakit2 dan lenguh2 badan.

Contoh ke-2:
masa tak pregnant, ok jer tapi bila pregnant ni kerap pula demam dan selsema. dah la tak boleh makan ubat sebarangan. susahnya macamni..... kenapa ya?
Jawapannya : badan kekurangan sel B (antibodi). Baby perlukan khasiat vitamin C untuk tenaga dia nak move dan senamrobik kat dalam perut. Kita ibu perlukan tenaga untuk buat kerja harian dan sebagainya. Bila tak cukup vitamin C, tu lah antara punca kita sakit.

Set Kehamilan Shaklee 1st , 2nd & 3rd trimester


Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER PERTAMA


1. Vitalea - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah..Jika ibu-ibu mengambil vitalea,tidak perlu lagi mengambil obimin okay..

2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.  Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4.Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.

5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh.  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER 2 dan 3 


Ibu-ibu perlu mengambil vitamin-vitamin seperti di atas dan cuma perlu menambah satu lagi vitamin iaitu

Omega Guard - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi







Sunday 14 July 2013

Ostematrik Shaklee

Posted by Unknown at 7/14/2013 08:25:00 pm 0 comments

ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA DI BAWAH?


1 -Selalu kebas-kebas tangan dan kaki
2 - Selalu kekejangan kaki
3 - Badan lesu kerana sering tidur lewat
4 - Sukar tidur dan susah bangun pagi
5 - Sedang Hamil
6 - Selalu sakit Gigi dan Gusi berdarah
7 - Masalah sembelit
8 - Sering sakit kepala (Migrain)
9 - Period pain yang teruk
10 - Sedang menyusukan anak
11 - Sakit pinggang serta lenguh badan
12 - Susah atau tidak suka minum susu




Jadi anda perlukan Ostematrik..


Apa Itu Ostematrik?


Ostematrix adalah vitamin yang mengandungi Kalsium Magnesium dan Vitamin D yang telah diuji secara klinikal dan ianya mudah di telan.

Kalsium - bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.


Magnesium - pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


Vitamin D - pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Kenapa perlukan Ostematrik?

khasiat yang di perolehi jika mengamalkan ostematrik secara konsisten:

~tekanan darah berada di tahap normal.
~melancarkan saraf.
~memberi mood yang baik.
~gigi dan tulang menjadi kuat.

kesan jika kekurangan kalsium:

~kaki dan tangan selalu rasa kebas.
~sering sakit pinggang.
~selalu murung.
~selalu rasa nak marah.
~rasa kejang.

*** sebab itulah ibu menyusu dan ibu hamil di galakkan mengambil ostematrik ini.anda percaya tak ostematrik ini juga membantu memperbanyakkan susu ibu yang menyusu? hmmm bagi ibu yang menyusu seperti sy sendiri memang ia amat membantu kerana ituostematrik ini ada di dalam set penyusuan,set kehamilan dan set berpantang.


Siapa yang perlukan Ostematrik?


1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
2. Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

_______________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan, konsultasi, dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Norhayati Ibrahim
♥ sms/whatsApp/Call: 012- 334 5658
♥ Emel :yatt.yaty@gmail.com

♥ Blog :http://yat1shoppe.blogspot.com/
♥ Fb: https://www.facebook.com/yat1shoppe sila klik LIKE utk info terkini

_________________________________________________________________________________________

Thursday 11 July 2013

Chewable Vita-C™ 100 mg

Posted by Unknown at 7/11/2013 09:32:00 pm 0 comments

Apa itu Chewable Vita-C™ 100 mg?

Vitamin C CHewable 100mg ini bukan hanya mengandungi Vitamin C, tetapi juga diperkayakan dengan khasiat Rose Hips dan juga Citrus Bioflavonoids. Ramai juga yang sedia maklum bahawa sebiji Vitamin C 500mg Shaklee adalah bersamaan khasiatnya dengan 7 biji buah oren manakala bagi sebiji Vitamin C Chewable 100mg pula, kahsiatnya adalah bersamaan dengan 2 biji buah oren.

Keistimewaan Chewable Vita-C Plus

  • Membekalkan 100MG Vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex. Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c apabila masuk kedalam tubuh badan kita.
  • Boleh dikunyah dan SEDAP. Mempunyai rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren sangat ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  • Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur akan membantu dalam pemecahan Vitamin C, membuatkannya sedia untuk diserap apabila ia disalur ke usus kecil kita. 
  • Pengambilan beberakali sehari akan membantu memastikan penyerapan lebih efektif berbanding jika kita makan beberapa biji sekali gus.. Ingat Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Kelebihan Vitamin C Shaklee (either 500mg or 100mg, sama je...)


  • menguatkan sistem imunisasi - membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun.
  • mencantikkan kulit - membantu kulit lebih cerah, melambatkan penuaan & menyekat pembentukan pigmentasi yang menjadi punca utama jeragat
  • membaiki simptom pendarahan - kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering & ruam
  • memerangi kanser - merupakan satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatjan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk menentang sel-sel kanser
  • memperbaiki insomnia - memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Keperluan Vitamin C dalam badan kita;

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapatmengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Ada beberapa kumpulan manusia yang mempunyai kandungan vitamin C yang lebih rendah di dalam badan mereka:


bullet
perokok. Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg vitamin C di dalam badan. Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih daripada 20 batang rokok mendapati tidak ada (atau hanya sedikit) kandungan vitamin C yang ada. 

bullet
pesakit kencing manis. Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C melalui kencing yang kerap. Kajian menunjukkan mereka yang mengambil vitamin C pun masih lagi mengalami kandungan vitamin C yang rendah. Ini berlaku kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlakunya persaingan antara gula dan vitamin C. Pesakit kencing manis juga mendapati kandungan collagen mereka yang kurang menyebabkan proses penyembuhan luka terjejas. Perubahan-perubahan yang terjadi pada protein dan 'free radicals' menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti cataracts, atherosclerosis, kerosakan saraf dan kerosakan buah pinggang. Pengambilan vitamin C dapat membantu dalam keadaan-keadaan di atas.

bullet
pesakit kanser.

bullet
orang yang banyak minum minuman beralkohol.

bullet
pesakit rheumatoid arthritis.

bullet
ahli sukan yang melakukan aktiviti lasak. Mereka banyak kehilangan vitamin B kompleks dan vitamin C disebabkan oleh aktivit-aktiviti ini, di samping pendedahan yang lebih pada cuaca panas (berpeluh - jadi kehilangan vitamin C) dsb. 

bullet
pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti selsema, batuk, jangkitan kuman dsb.

bullet
pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil perancang, aspirin dan anti-biotik.

bullet
pesakit yang sedang dirawat di hospital atau mereka yang baru sahaja menjalani pembedahan.

_______________________________________________________________________________

Sebarang pertanyaan, konsultasi, dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Norhayati Ibrahim
♥ sms/whatsApp/Call: 012- 334 5658
♥ Emel :yatt.yaty@gmail.com

♥ Blog :http://yat1shoppe.blogspot.com/
♥ Fb: https://www.facebook.com/yat1shoppe sila klik LIKE utk info terkini

_________________________________________________________________________________________
 

Your 1 stop beauty & health care center.. © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot