Order Form & Enquiry Form

Name:
Email Address:
Free sms: wassap
we chat
Your Order:
Mobile No:
Method of Payment:
Enquiry:

This HTML form was created by Freedback.

Wednesday 3 July 2013

Advanced Joint Health Tablet Shaklee

Posted by Unknown at 7/03/2013 08:04:00 pm
Tahukan anda? Satu daripada lima orang di Malaysia akan mengidap penyakit arthritis.


Apa itu Arthritis?

Athritis adalah salah satu jenis penyakit sendi yang juga dikenali sebagai penyakit radang sendi. Arthritis juga merupakan penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Pada usia 30 sehingga 50 tahun, seseorang itu akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit ni, Wanita yang belum mengalami putus haid pula adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.






Punca SAKIT SENDI?


Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan 
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
  2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  3. Bengkak pada sendi
  4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi

  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Advanced Joint Health Tablet Shaklee



1. Meningkatkan Keselesaan Sendi 

Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya (lebih 5,000 tahun ~ merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis). Bahan aktif utama extrak Boswellia ialah Asid Boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulan rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.


2. Bertindak Sebagai Kusyen

Ekstrak Jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemiliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir (bendalir sinovial) bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, penggerakkan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

3. Memelihara Tisu Penyambung yang Sihat


Zink, tembaga, mangan dan vitamin c membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan kompenan tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.


Supplemen SHAKLEE untuk kesihatan/ sakit sendi


_________________________________________________________________________________________


Sebarang pertanyaan, konsultasi, dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Norhayati Ibrahim
♥ sms/whatsApp/Call: 012- 334 5658
♥ Emel :yatt.yaty@gmail.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/yat1shoppe sila klik LIKE utk info terkini

_________________________________________________________________________________________

0 comments:

Post a Comment

 

Your 1 stop beauty & health care center.. © 2012 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor Vector by Webdesignhot