Set Kehamilan Shaklee
Untuk ibu-ibu yang mengandung, mesti terpikir² supllement yang sesuai untuk di ambil sepanjang tempoh mengandung.
Ada ibu² yang mengalami simptom morning sickness di awal kehamilan dan berlarutan sehingga di awal trimester ke dua.
Di awal kehamilan, kita memang akan rasa lesu, malas, tiada selera makan, sakit pinggang, lenguh badan dan serba tak kena. Ini adalah normal. Ada 2 sebab sebenarnya :
- kerana hormon kita (sebagai ibu mengandung) yang tidak stabil.
- kerana nutrient dalam tubuh yang tak cukup - sebab kita sedang "berebut-rebut" dengan baby. Kita perlukan nutrient untuk cergas, baby perlukan nutrient untuk membesar.
Sebab itulah pemakanan dan penjagaan rapi sangat penting terutama semasa trimester pertama (1bulan-3bulan). Masa ni badan kita sedang berusaha untuk membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku. Yang paling penting, badan kita sedang cuba sedaya upaya untuk beri keperluan penting kepada kita dan baby kita.
Apa cara terbaik nak hilangkan kelesuan ni.....??? - Atasi 2 punca di atas tadi.
Hormon tak stabil - sesuatu yang kita tak boleh control.
Nutrient tak cukup - itu yang kita cukupkan supaya kesihatan tak terjejas.
Sebab apa?
(1) untuk pembesaran baby dalam kandungan,kalau nutrient tak cukup,bagaimana baby nak membesar dengan sempurna. (
2) untuk keperluan zat badan kita sendiri.
Sebagai contoh:
kenapa kalau pregnant kita mesti sakit tulang belakang, sakit pinggang, lenguh 1 badan, nak tidur pun tak selesa...kenapa?
Jawapannya : badan tak cukup Kalsium. Baby perlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang, jadi baby ambil zat kalsium dari kita. Badan kita perlukan kalsium untuk menampung pembesaran dan berat baby, jadi kita juga guna zat kalsium. Cukup ke??? Tak cukup... patutla sakit2 dan lenguh2 badan.
Contoh ke-2:
masa tak pregnant, ok jer tapi bila pregnant ni kerap pula demam dan selsema. dah la tak boleh makan ubat sebarangan. susahnya macamni..... kenapa ya?
Jawapannya : badan kekurangan sel B (antibodi). Baby perlukan khasiat vitamin C untuk tenaga dia nak move dan senamrobik kat dalam perut. Kita ibu perlukan tenaga untuk buat kerja harian dan sebagainya. Bila tak cukup vitamin C, tu lah antara punca kita sakit.
Set Kehamilan Shaklee 1st , 2nd & 3rd trimester
Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER PERTAMA
1. Vitalea - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah..Jika ibu-ibu mengambil vitalea,tidak perlu lagi mengambil obimin okay..
2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
4.Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.
5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.
Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER 2 dan 3
Ibu-ibu perlu mengambil vitamin-vitamin seperti di atas dan cuma perlu menambah satu lagi vitamin iaitu
Omega Guard - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi
0 comments:
Post a Comment